salam ......
Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim).
Sebenarnya, sudah 3 tahun berlalu, apabila satu ketika saya di diagnos alami masalah tiroid ni. Ketika itu saya sedang hamil, saya tak ingat berapa bulan kandungan saya. Pada mulanya saya ke klinik hanya kerana muntah-muntah yang mengeluarkan darah (morning sickness). Doktor kata, xde apa-apa. darah pun tak sampai satu cawan. so dia decide saya cuti sakit selama 2 hari. rentetan dari muntah-muntah tu saya memang kerap MC. Tak larat, lepas muntah je saya lemah & lesu. Satu pagi saya bersiap nk gi office, saya perasan satu bengkak kat leher di sebelah kanan. kecik je, besar guli je saiznya. kata hati saya mengatakan mungkin sebab muntah-muntah kut jadi bengkak tu.
Selepas sebulan tak silap saya, kerisauan tu mula datang. Sebab bengkak tu rupanya agak pelik & makin besar. Semasa rutin check up mengandung, saya tunjukkan pada doktor. Punyalah lama dia belek, suh pi x-ray, pegang-pegang bengkak tu. then dia decide pegi ke pakar keesokan hari. Katanya, ur case special, coz u pregnant, must go tomorrow & n give them this letter. Doktor memang rajin speaking dgn saya, tgk alamat tempat keje, alamat pejabat peguam. Kalau jumpa je speaking pas tu tanya pasal hartanah. Org dah ramah kita pun ramah lah kan.
Esoknya pegi ke pakar, pagi-pagi buta dah terpacak kat kaunter. Dah sampai gilirian no saya, staff kat kaunter kata, kita buat appointment dulu. Kena datang minggu depannya pulak. Kena buat appointment dulu rupanya nak jumpa pakar. Manalah saya tahu. Tak pernah jumpa pakar-pakar ni.
Next week pergilah (cuti sakit lagi, doktor bagi tau, lama benor check upnya). X-ray, interview tanya macam-macam, pegang tempat bengkak tu lagi, tunggu big boss doktor pakar lagi. Lepas tu barulah ada result. Confirm & sahih saya ada tiroid. Muka selamba je masa tu, ingatkan tiroid tu xde apa-apa. Saya interview big boss doktor tu, macam-macam saya tanya. Dah dapat jawapan saya terkedu. Balik rumah pi cari pak cik google. cari pasal sakit ni. Bila terbaca ada yang membawa maut & membahayakan baby, termenung sekejap. Pi ambik wuduk & solat sunat (cari ketenangan). Dah dapat ketenangan tu, tekad dalam hati aku nak hapuskan tiroid ni. Tak boleh makan apa-apa ubat sebabnya saya pregnant. Check up ngandung pun di satukan dengan klinik pakar tuk tiroid tadi. maknanya satu bulan 2 kali pi check up. Masa tu bos tempat kerja pun dah pandang lain kat kita. Gi check up je Mc, memanjang MC.....
Memang simptom-simptom sama seperti yang tertera pada entri saya yang lepas. Semua ada. Alhamdulillah, semasa sample tissue di ambil, keputusannya bukan sel kanser. Lega ..... Penatnya saya menghadap semua tu hinggalah saya bersalin. Lepas 3 bulan saya bersalin, doktor nak saya lakukan pembedahan segera, Bengkak tu makin besar, sebesar telur ayam gred AA. Dah x-ray nak di scan pulak. dah scan confirm bengkak tu memang makin membesar. Saya tak boleh ambil apa-apa ubatan, sebabnya saya menyusukan baby. You stop lah breastfeeding, makan ubat kita nak tengok bengkak ni mau kecil atau tidak. saya kata NO doktor. then, next month saya pegi scan sekali lagi, bengkak tu dah makin kecik turun ke 2 mm je. Tapi itu dah melegakan saya. Doktor suruh jugak saya buat pembedahan, saya minta tunda 2 bulan. Menjelang 2 bulan tu, bengkak tu makin lama makin kecil. Hingga kini saya tak perlu ke klinik pakar atau lalui pembedahan. Rezeki yang Allah bagi pada saya, sakit ni hilang dengan sendirinya.
Sebenarnya ketika itu, saya memang risau. Saya banyak berpantang makan. Mana makanan yang boleh menggalakkan tiroid ni membesar saya tak makan langsung. Mana saya dapat info? kat pak cik google lah. Sekiranya ada di antara pembaca, menghidapi penyakit ini, pergilah dapatkan rawatan. Jangan ambik mudah setiap perubahan pada diri. Jika ada di antara pembaca yang ada penyakit ini, berusahalah untuk mengubatinya. Sekiranya ada diantara anda yang ingin mencuba alternatif yang tidak melibatkan ubatan hospital klik disini. in shaa Allah saya akan bantu anda.
Wassalam ......
Sukar rasanya bila ada penyakit tiroid ni kan..
ReplyDeleteya en Hamidi SP. hati tu rasa tak senang je. risau boleh baik ke tidak. en Hamidi SP pun alaminya ke?
Delete