SAKIT CAKERA TERGELINCIR / SLIP DISC
![]() |
SAKIT pada belakang badan merupakan sakit yang kerap berlaku pada setiap
orang dewasa. Lazimnya, seseorang itu akan mengalami episod kesakitan
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Namun, ramai dalam kalangan kita mengambil ringan terhadap sakit
belakang. Walaupun kebanyakan sakit belakang tidak mengundang bahaya
atau membawa maut, ia wajar mendapat perhatian yang teliti sekiranya
berterusan.
Antara penyebab sakit belakang yang sering berlaku ialah slipped disc atau cakera tergelincir. Ia boleh terjadi pada mana-mana kedudukan antara 33 vertebra yang membentuk tulang belakang.
“Cakera sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian luarnya yang
seperti getah dan dipanggil anulus fibrosus manakala bahagian tengah
seperti gel pula dipanggil nukleus pulposus,” ujar Pakar Ortopedik, Trauma dan Pembedahan Tulang, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Joseph Yap Chong Kiat.
Cakera tergelincir sebenarnya merujuk pada keretakan dan koyakan pada
bahagian anulus. Ia menyebabkan nukleus tertolak ke dalam keretakan atau
koyakan itu lalu menyebabkan cakera membonjol.
Kebanyakan kes cakera tergelincir terjadi disebabkan kecederaan akibat
hentakan akibat terjatuh atau mengangkat beban yang berat.
“Ia juga boleh berlaku akibat kecederaan ringan yang berterusan yang dipanggil RSI (repetitive stress injury).
“Contohnya, duduk atau memandu dalam kereta berterusan selama
berjam-jam. Dalam keadaan sebegitu, tekanan boleh berlaku pada cakera.
Ia menyebabkan ketegangan yang seterusnya mengakibatkan anulus koyak
sedikit,” terangnya.

RAWATAN fisioterapi merupakan rawatan awal bagi melegakan kesakitan pada pesakit.
Tambahnya, kesakitan yang dialami boleh berlarutan sehingga beberapa jam, berhari-hari atau berlanjutan sehingga beberapa bulan.
Sokongan tubuh
Menurut Joseph, tulang cakera merupakan satu fibrocartilage (rawan berserat) yang berada di antara vertebra tulang belakang.
Cakera tersebut membantu memberikan sokongan kepada badan, menolong
menahan berat badan serta berfungsi untuk mengurangkan geseran di antara
vertebra.
“Apabila menyentuh soal slipped disc, ramai yang beranggapan bahawa
perkataan slipped yang digunakan itu memberikan maksud cakera tersebut
teranjak dari tempatnya.
“Sebenarnya, itu tidak berlaku kerana cakera itu sudah tetap kedudukannya pada tulang belakang.
“Apabila cakera itu membonjol ke belakang, mungkin dalam hasil imbasan
MRI (pengimejan resonans magnetik) menunjukkan seperti bentuk yang
berselisih. Mungkin kerana itu, orang fikir cakera itu teranjak dari
kedudukannya, sebenarnya ia bonjol dan bengkak.
Katanya, secara am, cakera gelincir atau PID (Prolapsed Intervertebral Disc) lazim berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan berlaku ke atas orang dewasa berusia 30 hingga 50 tahun.
Mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun atau 70 hingga 80
tahun mengalami kesakitan bahagian belakang, kebanyakannya bukan PID.
Sungguhpun begitu, katanya, jangan sekali-kali memandang ringan jika
kanak-kanak mengalami masalah sakit belakang kerana sesuatu yang serius mungkin berlaku.

KERATAN rentas tulang belakang yang menunjukkan cakera yang normal (kiri) dan cakera yang mengalami hernia (kanan).
“Masalah ini jarang dilihat dalam kalangan golongan tua kerana bahagian
nukleus seperti gel sudah menjadi semakin kering apabila seseorang itu
berusia melebihi 50 tahun.
“Ia tidak dapat menyerap hentakan atau mengalir keluar seperti yang
terjadi kepada golongan dewasa yang lebih muda,” katanya sambil
memberitahu jika sakit belakang berlaku dalam kalangan mereka yang
berusia 60 tahun ke atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah lain
seperti kemerosotan tulang, osteoporosis, spondilolistesis atau barah
tulang.
Berat badan
Ujar Joseph, berat badan berlebihan juga merupakan faktor risiko yang
menambahkan kemungkinan untuk mendapat kecederaan pada cakera selain
jenis pekerjaan dan kegiatan sukan lasak.
Joseph menerangkan, jika kesakitan yang dialami seseorang itu melebihi
seminggu dan tidak hilang apabila menjalani rawatan biasa seperti makan
ubat dan berehat, seseorang itu disarankan untuk berjumpa doktor.
“Biasanya, doktor akan menjalankan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit
dengan mengambil kira faktor usia, rekod kecederaan akibat terjatuh
atau mengangkat benda berat. Doktor juga perlu mengetahui bahagian yang
sakit dan kebarangkalian kesakitan tersebut berpindah ke punggung, paha
atau ke kaki sepenuhnya.
“Ia memberikan gambaran kepada doktor dan daripada situ doktor akan
melakukan beberapa ujian ringkas ke atas pesakit seperti SLR (straight
leg raising),” ujarnya.
Ujian SLR dilakukan dengan mengangkat kaki pesakit tanpa membengkokkan
lutut. Jika rasa sakit seseorang pesakit itu bertambah, ia menunjukkan
berlaku tekanan pada saraf tulang belakang.
Secara am, 90 peratus sakit belakang boleh dirawat secara konservatif,
iaitu dengan ubat dan fisioterapi tanpa sebarang prosedur invasif yang
memerlukan suntikan dan pembedahan.
Rawatan
Joseph memberitahu, doktor sentiasa cuba untuk memberikan ubat dan
rawatan fisioterapi terlebih dahulu bagi melegakan kesakitan yang
dialami pesakit. Pada masa yang sama memantau perkembangan mereka.

PERBEZAAN cakera normal dengan cakera yang mengalami bonjolan dan
bengkak yang seterusnya menekan pada saraf mengakibatkan kesakitan.
“Jika kesakitan berlarutan melebihi enam minggu walaupun diberikan
rawatan, maka prosedur invasif dilakukan. Namun, kadang kala rawatan
invasif perlu lebih awal sekiranya kesakitan keterlaluan.
“Walaupun kita sudah mengeluarkan bonjolan cakera yang menekan saraf,
cakera tersebut tidak seperti cakera normal dan dianggap sedikit lemah
berbanding disc yang lain,” jelasnya sambil memberitahu senaman boleh
mengelakkan cakera tergelincir daripada berlaku kerana berat badan
ditampung oleh otot dan tulang.
Senaman yang betul boleh membuatkan otot belakang menjadi kuat dan
mereka yang selalu bersenam kurang mengalami masalah tersebut.
Walau apapun, Joseph menasihatkan orang ramai yang mengalami sakit belakang yang berterusan agar merujuk kepada doktor.
“Kita pasti tidak mahu terlepas pandang sesuatu yang mungkin berbahaya
seperti jangkitan kuman pada tulang belakang, barah tulang atau sakit
buah pinggang.
“Bukan semua sakit belakang disebabkan masalah pada tulang. Kita perlu
tahu puncanya lebih-lebih lagi apabila berlaku simptom-simptom sistemik
seperti penurunan berat badan, kurang selera makan, sentiasa letih dan
demam.
[Click Disini Untuk Artikel Penuh]Anda Menderita Sakit Slip Disc ?
Apakah slip disc itu?
Rasa sakit akibat penyakit degeneratif pada tulang belakang sangat umum
terjadi dan berbagai macam istilah digunakan untuk menjelaskan kondisi
ini, termasuk slipped disc, disk prolapse, bulging disc, ruptured disc,
compressed disc, herniated disc, dll. Istilah-istilah tersebut mengacu
pada situasi dimana intervertebral disc (diskus invertebral) pada tulang
belakang mengalami pergeseran dari posisi anatomi normalnya dan
menonjol keluar.
Tulang belakang terdiri dari 33 bagian tulang bernama tulang vertebra
dan masing-masing dipisahkan oleh struktur diskus yang bersifat elastik
dan seperti spons (terdiri dari tulang rawan) yang disebut diskus
intervertebral yang membentang di antara dua tulang vertebral.
Berbagai pembuluh darah dan saraf melewati kedua tulang vertebral
tersebut dan struktur penting bernama saraf tulang belakang terdapat
pada rongga.
Diskus intervertebral terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian luar yang
keras (annulus fibrosis) dan bahagian dalam yang lunak atau nukleus
(annulus pulposus). Diskus-diskus ini dirancang secara khusus untuk
bekerja sebagai penyerap guncangan atau getaran.
Apakah yang menyebabkan slip disc?
Diskus intervertebral dan tulang vertebra yang berdekatan mengalami
perubahan seiring bertambahnya umur. Sebagai hasil dari degenerasi yang
berhubungan dengan struktur tersebut, diskus intervertebral kehilangan
kemampuannya untuk menahan air. Perubahan ini biasanya muncul tanpa
menyebabkan rasa sakit yang kentara, namun seiring annulus fibrosis
menipis dan celah berbentuk radial muncul, membuat annulus pulpolus
membengkak dan bahkan dapat pecah, mengakibatkan “slipped disc”.
Sementara degenerasi terjadi karena masalah umur, trauma parah juga
dapat menyebabkan diskus mengalami hernia (membengkak). Beberapa
penyebab umum diantaranya:
Terjatuh atau kecelakaan mendadak.
Mengangkat beban berat.
Ketegangan jangka panjang pada punggung.
Apa sajakah masalah umum yang dialami oleh pasien yang menderita slip disc?
Berdasarkan bagian tulang belakang yang terkena dampaknya, pasien dapat mengalami beberapa masalah berikut ini:
Tulang belakang bagian servik (dalam pengertian leher):
Nyeri dan kaku pada leher.
Rasa sakit dan nyeri pada lengan.
Kurang tenaga dan mati rasa pada lengan.
Terasa seperti ada jarum di dalam lengan.
Cara berjalan yang tidak mantap (tidak tegap).
Tulang belakang bagian toraks:
Sakit punggung.
Cacat fisik yang mungkin muncul pada tulang belakang.
Tulang belakang bagian lumbar (pinggang):
Nyeri di punggung bagian bawah yang dapat menyebar ke bokong dan paha belakang (skiatika).
Bermasalah dalam mengerjakan pekerjaan sehari-hari seperti mengambil sesuatu, duduk, berjalan, berlari, dan lainnya.
Perubahan fungsi usus bagian bawah dan kandung kemih.
Kurang tenaga (lemas) dan mati rasa pada satu atau kedua tungkai.
Impoten dan disfungsi erektil (pada laki-laki).
Rasa sakitnya seringkali diperparah dengan bekerja dan dipulihkan dengan
beristirahat. Punggung bagian belakang akan sering membaik namun dapat
bertahan untuk waktu yang lama.
Bagaimana slip disc ditangani?
Perawatan dan penanganan standar untuk slip disc diantaranya:
Penanganan tanpa operasi:
Terapi fisik yang mencakup tidur yang singkat.
Analgesik untuk rasa sakit.
Perelaksasi otot.
Penerapan (terapi) panas dan dingin.
Latihan punggung.
Penurunan berat badan.
Penanganan dengan operasi:
Operasi dapat dilakukan tergantung pada lama dan tingkat keparahan rasa
sakit, tanda-tanda fisik, dan hasil pemeriksaan radiologis.
Pembuangan parsial pada tulang atau diskus dapat memperbaiki pergeseran atau tumbukan antar segmen pada saraf tulang belakang.
Sekiranya anda sedang mencari suplimen sebagai alternatif lain dan tidak
hanya bergantung dengan ubat-ubatan dari Klinik atau Hospital, anda
boleh mencuba kombinasi vitamin di bawah ini, ia mungkin sedikit
sebanyak boleh membantu anda semasa proses penyembuhan dan yg paling
penting ia adalah Natural dan Selamat!
1) AJHT- Advance Joint health tablets: an essential supplements for joint health and discomfort
2) Vivix- Powerful anti-aging solution by Shaklee.
3) Ostematrix - Your daily calcium supplies for a healthier bones.
4) Omega Guard - Shaklee best fish oil formulated supplement.
Set Kesihatan Tulang
Ostematrix
membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu
dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi
magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan managanese untuk
membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil
dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Manakala, Advanced Joint
Health Tablet ia satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi
bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan,
kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Set ini terdiri daripada:
Set Kesihatan Tulang
1. Joint Health Tablet 60bj = RM120
2. Ostematrix 120bj = RM61.00
2. Ostematrix 120bj = RM61.00
Ostematrix
120 tablets
Tulang
merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan
kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,
jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot
dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima
adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
Hubungi Admin:
Puan Haslinda Mustaffa
Shaklee Independent Distributor [ID No: 1118599]
WhatsApp: 0102949396 | virgo8007@gmail.com
Sumber dari: shaklee.com.my
No comments:
Post a Comment