Fibroid
adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim.
Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an
hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif)
dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah
mengalami menopaus atau putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami
fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30
peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung
pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah:
1) perubahan haid yang banyak
2) sakit semasa hubungan seks
3) mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar
4) pembesaran dalam rahim dan perut
5) keguguran dan infertiliti
Ini
adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan
tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi
kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya,
seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali
hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau
kadang-kadang sukar untuk kencing.
Jika hal ini
berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan
menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada
pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau
sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan
menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air
besar.
Ada fibroid yang
mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala.
Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu
sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan
sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan
sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang
menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan
setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin
mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.
Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api
ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata
lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak. Begitu jugalah
masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan
seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak
semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti.
Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut
dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa
dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.
Tidak semestinya
semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung
kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung.
Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis
submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung
kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan
sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.
Sekiranya fibroid
itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat
sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh
menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang,
melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi
kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi
turun ke rongga pelvik.
Tidak semua
wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak
memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan
tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala yang telah
disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid. Saya nasihatkan
supaya anda berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan lanjut.
![]() ![]() |
Set Fibroid / Cyst Shaklee |
menghidapi fibroid ialah dengan mengambil GLA Complex. Fungsi
GLA ialah ia akan mengurangkan keradangan & saiz fibroid dengan
mengimbangi semula hormon wanita. Selain dari[ada itu, vitamin ACE
(carotomax,vita C & vita E) juga digalakkan untuk diambil kerana
vitamin ACE ini akan menghalang radikal bebas & fibroid daripada
berulang. Di bawah adalah testimonial mereka yang telah mengambil GLA
complex untuk mengecutkan fibroid.
Sumber: Utusan Malaysia
BERMINAT? SILA HUBUNGI ATAU WHATSAPP ADMIN !
Puan Haslinda Mustaffa
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1118599]
Whatsapp/hubungi : 010-2949396| virgo8007@gmail.com
Puan Haslinda Mustaffa
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1118599]
Whatsapp/hubungi : 010-2949396| virgo8007@gmail.com
No comments:
Post a Comment