Fresh Laundry Concentrate 5.5 lb
Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih
Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan
putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda
nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan
sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak
meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman
pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan
nyaman.
Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem
pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine
dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang
disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika)
sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan
kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa
terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru
seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
|
No comments:
Post a Comment