salam ......
agak lama juga tak update entri. kali ni saya kongsikan beberapa tips untuk panduan u all. 10 daripada tips ni hanya 1 saja yg saya tak buat. BERBENGKUNG....... beribu sesalan kerana tak guna bengkung semasa berpantang aritu. gara-gara takut luka pembedahan terbuka. akibatnya, perut saya buncit, susahnya lah pulak nak kecikkan balik. kini masih lagi berusaha untuk mengecutkan kembali apa yg kembang. in progress in ye u all. sabar ..... nanti saya upadate pic terbaru & yg lama. moh baca tips ni, mana tau berguna untuk u all.
Kepada para mommies yg pernah/bakal/akan menjalani Pembedahan Caeserean. ini ada beberapa tips untuk anda lakukan selepas pembedahan;
1. BERGERAK LEBIH AWAL
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.
![]() |
SET2 YG AWESOME UNTUK U ALL AMALKAN |
2. MAKAN MAKANAN YG BERZAT & SEIMBANG
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan & buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.
3. MINUM AIR SECUKUPNYA
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. ELAK DARIPADA MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Rujuk kepada doktor jika ingin kepastian.
5. MENGAMBIL SUPLEMEN ZAT BESI & MULTIVITAMIN
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.
6. MENYUSU BADAN SECARA EKSLUSIF
Menyusu badan terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Dapatkan tips penyusuan daripada mereka yg berpengalaman.
7. PASTIKAN LUKA KERING & BERSIH
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
8. PAKAI BENGKUNG
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan
9. ELAK DARI AKTIVITI YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAKITAN
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
10. DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa dalam tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.
Semoga perkongsian ini dapat membantu u all. Jaga diri semasa di dalam tempoh berpantang ye. Kerana tempoh berpantang ni bagi wanita adalah umpama medan peperangan. Berperang dgn perasaan, tekanan, keletihan & macam2 lagi. Para en suami sekalian, fahami isteri anda ketika ini. Mereka sangat2 memerlukan perhatian & belaian & keperihatinan anda.
Wassalam ....
No comments:
Post a Comment