Wednesday, 3 September 2014

Rindunya padamu ya Rasulullah ....

Salam .....

Entri kali ini agak lain dari kebiasaan saya. Cuma sekadar luahan rasa & renungan untuk diri sendiri. Kadangkala apa yang manusia di dunia ini inginkan? Mengapa perlu menegakkan benang yang basah? Mengapa tiada rasa kasih, hormat & ingatan yang baik pada insan lain? Perlukah di pertikai setiap perbuatan sedangkan kita ni bukan maksum. Pandang diri di cermin, sempurnakah aku di mata Allah, di mata manusia lain? Jangan kerana orang sekeliling anda begitu menyanjung anda, anda rasa diri sudah cukup sempurna. Susah hendak cari kesempurnaan, lebih-lebih lagi kita ni, hanya manusia biasa. Kekhilafan itu sentiasa ada. Adakala kita rasa diri ini dah cukup baik & dah lakukan yang terbaik. Tetapi ketahuilah, kita tetap & masih ada kekurangan. Tutuplah kekurangan itu sebaik-baiknya. Kelak nanti setiap apa yang kita lakukan akan berbalik kepada diri sendiri. Jaga tutur & kata, kerana dari situ akan mencetuskan pelbagai perkara.

Indahnya alam ciptaan Allah. Menenangkan....
Hati tak tenang? Ikuti apa yang ada pada diri Rasulullah SAW. Sifat penyayangnya, pengasihnya, amanahnya & banyak lagi sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW. Garapkanlah sedikit sifat-sifat yang terpuji itu di dalam diri kita. In shaa Allah kita akan tenang. Apabila kita sentiasa menjaga setiap perbuatan & perkataan kita, tanggapan orang lain terhadap kita sentiasa positif. Cubalah walau sedikit, kerana dari yang sedikit itu akan membentuk sesuatu yang lebih baik. Ya, kita bukan maksum, tapi sedikit sebanyak, sebelum melakukan sesuatu, ingatlah ....... sesungguh Rasulullah itu adalah sebaik-baik contoh yang wajib kita teladani.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)



 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit. Apa yang di maksudkan disini adalah kunci kekuatan sesama kita adalah bersatu padu & harmoni. Tiada sifat benci-membenci & hasad dengki, di mana sifat ini membawa kepada perpecahan & kemunduran. Tanamlah & gantilah sifat itu dengan bekerjasama, mengambil berat & saling bantu membantu. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah SWT. Bersangka baiklah selalu walaupun seseorang itu pernah menyakiti anda. Kemaafan yang ikhlas memberikan & membentuk diri anda menjadi yang lebih baik. 

Saya hanya manusia biasa, adakala sifat marah itu tetap ada. Saya hanya akan diamkan diri & kemudian cuba untuk tidak menjadikan marah itu menjadi sesuatu yang akan merugikan diri saya sendiri. Marah jika mahu, tapi siasat & selidikilah setiap perkara yang menjadi amarah anda. Tidak adil pada pihak yang satu lagi. Adakalanya amarah itu akan memakan diri kita sendiri. Apa jua sifat negatif di dalam diri jom kita cuba buangkan, kita solat, kita zikir, kita berselawat & kita alunkan ayat-ayat suci Al-Quran. In shaa Allah akan terhindar kita dari perbuatan yang akan menyakitkan kita kelak.

Semoga kita di jauhi daripada sifat-sifat yang menjadi kemarahan Allah & RasulNya. Yang buruk hanya dari saya yang baik & terbaik itu hanya dari Allah.
Wallahualam.

Wassalam ...


No comments:

Post a Comment