Friday, 12 September 2014

Gluten & anda


Salam .....
 
Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.

 Apa yang dimaksudkan dengan bebas gluten?

  Gluten
adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli dan sebagainya. Gluten biasanya digunakan dalam pelbagai jenis makanan yang diproses seperti roti, kuih muih yang dibakar yang membuatkan adunan mengembang dengan lebih baik. Berapa kuantiti gluten yang digunakan adalah bergantung kepada jenis makanan tersebut dan pastinya roti gandum menggunakan gluten yang lebih banyak berbanding roti putih biasa. Jadi apabila kita mengambil makanan berasaskan gandum secara automatiknya kita juga  mengambil 'gluten'.


Tanda-tanda anda perlu menghindari gluten :
  • Masalah ketidakhadaman seperti perut sebu, kembung, cirit birit atau sembelit.
  • Rasa letih dan lesu.
  • Sakit kepala.
  • Mood yang tidak stabil.
  • Kegatalan atau ruam kulit.
  • Mata berair
  • Batuk atau sakit tekak.
 Salah satu keburukan gluten yang lain adalah menggemukkan dan melambatkan metabolisme. Oleh itu, bagi yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, awasilah kandungan roti yang anda makan, ataupun sebarang makanan yang berasaskan tepung gandum atau barli.
 

MAKANAN YANG BEBAS GLUTEN?

Aneka macam makanan (kecuali gandum dan keluarganya) biasanya adalah bebas gluten. Ini termasuk:
  • Sayur-sayuran dan buah segar
  • Daging segar, daging ayam dan ikan
  • Telur dan kekacang
  • Susu (ada beberapa susu mengandungi gluten dan dapat dikenali dari senarai kandungan)
  • Lemak dan minyak
  • Tepung alternatif seperti beras, jagung (maizena), sagu, ubi , buckwheat, millet, amaranth, sorgum, quinoa, arrowroot, dan tepung kentang 
Siapa Yang Perlukan 'gluten Free' ?
  • Mereka yang menghidap penyakit coeliac/celiac disease ( alergi terhadap gluten)
  • Kanak-kanak yang menghidapi penyakit autisme( kerana biasanya kanak-kanak autisme  mengalami kelainan pada usus mereka )
  • Mereka yang mengalami gangguan pada sistem  pencernaan seperti cirit birit berpanjangan 
  • Perut kembung dan ,
  • Kurang tenaga.
Jadi berita baik kepada mereka yang alah terhadap gluten, Shaklee punya produk  bebas gluten untuk anda. Antaranya adalah Zinc Complex & Herblax. Jika anda ingin tahu mengenai produk, boleh lihat di blog saya ni atau klik di sini pun boleh ye daling2 semua.
 
Wassalam .....

No comments:

Post a Comment