Tuesday, 30 September 2014

Basic H yang amazing

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate


Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
 
  • Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah;
  • Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah: Dinding, permukaan dapur, jubin dan lantai, peralatan, periuk, besen, pinggan mangkuk, tingkap dan cermin, perkakas, benda-benda diperbuat daripada kayu & perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Ia juga mengganggu keseimbangan hormon &  merengsakan hidung. Selain itu ia juga mengandungi bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
 
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Perbezaan Shaklee Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H adalah cecair serbaguna dikenali juga dgn nama cecair organik 1001 Kegunaan. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Yg penting ia adalah selamat, organik, non-toxic, natural dan biodegradable surfactants!


 KEGUNAAN & CARA BASIC H YANG MENJIMATKAN

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
  • Membuat sayur yg layu menjadi rangup!
 2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak);
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dll;
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dll;
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan;
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dll;
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau;
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dll;
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
sayur dari peti sejuk yg telah layu direndam di dalam Basic H.
sebelah kanan di rendam bersama Basic H, di sebelah kiri direndam dgn air biasa
 BASIC H JUGA BOLEH DI GUNAKAN UNTUK :

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Untuk info lanjut, order atau ingin tahu produk-produk Shaklee yang lain klik je di sini

Monday, 29 September 2014

APA ITU RESVERATROL

 Salam .....


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagai hambaNya, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah. Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman). (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Tidak salah kiranya jika kita berusaha walaupun telah berkali-kali mencuba, hinggakan adakalanya menyebabkan kita hampir berputus asa. Jangan sesekali kita berputus asa. Berusahalah sehingga keakhirnya. Begitu juga sakit atau masalah kesihatan yang anda alami, setiap suatu kejadian itu ada jalan penyelesaiannya. Berazam & bersemangatlah sentiasa untuk memperbaiki mutu kesihatan & juga diri anda. Saya juga menginatkan diri saya tatkala entri ini dikalamkan. 


VIVIX adalah produk yang sangat superb di dalam Shaklee. Walaupun ianya mahal, tetapi jika di nilaikan dengan kesihatan anda yang kembali pulih, boleh melakukan aktiviti yang selama ini tidak dapat anda lakukan & banyak kebaikan serta manfaat kesihatan yang anda terima hasil dari mengamalkan VIVIX Shaklee, saya rasa anda speechless. Ramai yang ingin tahu apa itu resveratrol. Saya sendiri tertanya-tanya apa itu Resvesratrol. Jom kita berkenalan dengan  resvesratrol.

APA ITU RESVERATROL

Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’. 

Pic ni menggambarkan bagaimana sel kanser terbentuk

Mengikut kajial klinikal, Resveratral sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.


Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

 Kandungan Resveratrol & Anggur Muscadine



Kalau nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.


Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM 100.


Dengan Vivix dengan mudah kita mendpat Khasiat Resveratrol


Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.




Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.


Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Resveratrol


Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. SHAKLEE sememangnya banyak menjalankan ujian klinikal di mana ia SEMESTINYA yang BERKUALITI & SELAMAT. SHAKLEE menghabiskan sehingga berbillion dollar untuk melakukan ujian klinikal ini kerana SHAKLEE mementingkan KUALITI PRODUK UNTUK MEMBERIKAN KHASIAT YG TERBAIK kepada ANDA. 


Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer, parkinson, jantung dll. Boleh dirumuskan sebagai all in one supplemen.


Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!


Sebotol Vivix Shaklee mampu bertahan selama 2 bulan. MEMANG SANGAT JIMAT & MUDAH HANYA SESUDU TEH SEKALI SEHARI SAHAJA!!!


SEKIRANYA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX DARIPADA SAYA:
  1. KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP UNTUK ANDA
  2. KESIHATAN YANG BERPANJANGAN
  3. MENJANA PENDAPATAN KEDUA UNTUK ANDA (jika anda serius & bersemangat)
  4. DI BIMBING OLEH MEREKA2 YANG BERPENGALAMAN BERSAMA SHAKLEE
  5. TIADA ISTILAH DI TINGGALKAN

Thursday, 25 September 2014

sayang dia .....


Salam ...... 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 


Huraian Hadith: 


  1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.
  2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri.
  3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.
klik disini untuk rujukan hadith-hadith dari JAKIM 

 Entri tentang rumahtangga pulak mama lin ni ye. Hakikatnya itulah fitrah manusia, ingin berumahtangga & mempunyai cahayamata. Tentang cahayamata pula itu hak Allah SWT untuk anugerahkan kita dengan amanahNya. U all yang masih lagi mencuba untuk mendapatkan cahayamata, saya doakan semoga Allah permudahkan usaha u all & di makbulkan setiap doa2 u all. Amin. Tak nak cerita pasal cahayamata. kita cerita tentang rumahtangga pulak ye.
Base on my experience. Tak lah lama mana pun, 18 tahun dah. Tapi setiap liku-liku & asam garam di alam rumahtangga saya tempuhi dengan redha. Bahagia? Alhamdulillah. Allah berikan kita ujian di dalam berumahtangga ni supaya kita menjadi lebih matang, lebih rapat dengan pasangan & lebih memahami antara satu sama lain. Juga memekarkan lagi kasih sayang suami & isteri. SABAR..... itu adalah sesuatu yang penting & perlu ada di dalam setiap perhubungan. 
 
Ni picture tahun lepas. Bam bam sangat saya ni
Bagaiman nak kekalkan perasaan? Pada saya setiap kekurangan & kelebihan pasangan, saya terima seadanya. Bersebab kenapa Allah SWT jodohkan kita dengan pasangan kita. Romantik? Ntahlah .... tapi semasa saya dalam pantang saya di jaga dgn baik oleh suami. Beliau menjaga saya sepenuhnya ketika saya bersalin anak ke 4. Makan saya bersuap, berhidang, sakit pening saya semua dia ambil kisah. Hari lahir saya pula sentiasa special, walau hanya dia memasak sarapan pagi, bawa pergi makan malam di luar & di beri off day memasak. Ada off day memasak tau. hihihihi. Hadiah? Tak pula saya meminta, tapi sepanjang 18 tahun ni, jam tangan, gelang tangan dll. Alhamdulillah ..... Bersyukur. Kita hanya manusia biasa. Tidak sesempurna Nabi Muhammad SAW. Adakala ketidak sempurnaan pasangan kita itu menjadi pelengkap dalam melayari bahtera rumahtangga. Lengkap melengkapi di antara satu sama lain. In shaa Allah, Allah SWT akan sentiasa membantu & mengingatkan kita di saat kita alpa. Allahuakbar. Tiada yang lebih berkuasa dariNya. Jika bermasalah istiqamah & sentiasa berdoa supaya diberikan petunjuk bagi segala masalah serta ujian.

Pengikat kasih kami (perasan tak perubahan saya ke saya je yg perasan)
Gaduh? tu biasa lah. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ye tak. Pujuk? Lain sikit stylenya. Suami saya ni akan pujuk dengan beli apa yang saya suka makan (memang habis diet & azam nak kurus).  Saya ni seperti orang lain juga, kesihatan dalaman & luaran memang saya jaga. Terutamanya khas untuk suami. Dulu ada ambik jamu, saya tak tahan jamu ni, ada alahan sikit. Tapi makan juga sebab nak maintain. Sekarang ni dh jumpa dengan produk Shaklee, Alhamdulillah, hasilnya sangat positif. Bagi u all para isteri ada set khas untuk u all, tapi konsisten ye. Dah hampir setahun juga saya kosisten. Nak yang terbaik untuk suami kenalah kuat semangat.



Suami? Hishhhh set untuk lelaki pun ada, jangan risau. Jika u all ada sebarang pertanyaan & ingin info klik di sini.

Sebelum u all out from my blog, meh hayati lirik lagu arab ni. Ambik mood romantik :-)

aduhai stress .....

salam .....

Masha Allah .... hidup kita ni jika nak berjaya jangan terlalu berkira. Berkira dari semua segi. Dah tu bila dah buat something yang membanggakan, mulalah nak ungkit semua kebaikan yang di buat. Orang lain nampak buruk sahaja. Tak mahu pulak cermin diri sendiri. Sebelum menuding setiap kesalahan orang lain, cermin dulu salah &  silap diri sendiri. Jangan kritik orang melampau sangat, kelak makan diri. Allah itu maha kaya. Setiap perbuatan kita akan dapat ganjaran/balasan yang setimpal. Baik atau buruk tetap akan terima ganjarannya. Tunggu & lihat sahaja.

Stress..... ada kala sesetengah manusia ni, jika stress mereka akan menjadi baran & mula menjadikan setiap orang di depan matanya adalah musuh & menjadi bahan pelepas baran mereka. Istiqamah banyak-banyak jika mula rasa diri tu dah hilang pertimbangan & kawalan. Saya suka tips abang ipar saya. Jika beliau stress di tempat kerja. Beliau tidak akan balik ke rumah terus. Katanya, masalah kerja jangan bawa balik ke rumah. Rumah untuk bermesra & berkasih sayang dengan keluarga. Beliau akan terus singgah mana-mana dahulu, selalunya beliau akan mengeteh dulu. Beliau kata, duduk dulu kat situ, hingga hilang rasa marah/stress tadi baru balik. Tinggalkan semua stress tu kat satu tempat katanya. Beliau kata kasihan anak & isteri bila jadi bahan baran & stress ni. Alhamdulillah, pandai beliau menangani situasi yang sebegini. Katanya lagi, sampai rumah bersihkan diri, kemudian solat. Solat banyak membantu katanya. Jika ada di antara u all yang selalu hadapi stress di tempat kerja, cuba tips abang ipar saya ni. Manalah tahu berkesankan.



Lebih berkesan lagi jika kita kembali kepada agama. Amalkan zikrullah. membaca Al-Quran juga salah satu cara yang amat berkesan dan menyebut lailaha ilallah sebanyak-banyaknya juga turut membantu. Dengan membaca Al-Quran juga boleh mengatasi stress di samping berusaha pula mencari rawatan lahir dan batin. Bersabar adalah salah satu cara paling berkesan selain membaca Al-Quran & amalkan zikrullah. Nikmat & hikmah di sebalik sabar itu adalah sesuatu yang amat indah. Oleh itu semaikan & tanamkan sifat sabar di dalam diri jika stress mengganggu kehidupan seharian. Selain itu meyakini bahawa kesempurnaan itu milik Allah dan kekurangan itu milik manusia. Maka kaifiatnya banyak bersabar, solat, istighfar dan zikir.

Kebaikan OSTEMATRIX

Setiap produk Shaklee punya keistimewaan tersendiri. Satu produk memberikan pelbagai fungsi, manfaat & kebaikan. Jika u all seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, beri peluang kepada diri u all mengubah masalah u all dengan Ostematrix. Ostematrix juga sesuai untuk u all yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik bagi membantu kekal bertenaga dan bersemangat! Selain Ostematrix, B Complex juga mampu membantu mengurangkan stress ini kerana dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan, secara tidak langsung mampu menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stress dan risiko penyakit-penyakit kronik.

B-Complex

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan u all sedikit info & sedikit tips untuk di amalkan. Tiada penyakit yang tiada penawar kecuali mati. Berusahalah demi kehidupan yang berkualiti & sihat. Untuk info produk Shaklee boleh je klik di blog saya ni atau ke Page FB saya klik je di sini jangan malu2

Wassalam.......

Tak suka hospital

Salam ....

Dari Abdullah r.a katanya:Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk. Jawab baginda,Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, Semoga anda mendapat pahala berganda pula. Jawab baginda:Semoga! Kemudian sabda baginda pula:Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.

Sentuh tentang sakit, semua dari kita pernah alami sakit. Tak kira demam ke, selsema ke atau penyakit-penyakit yang sukar untuk sembuh. Ada hikmah untuk setiap sakit tersebut. Tetapi bagaimana dengan si manja kesayangan kita. Pilu & sedihnya hati bila si manja kita sakit. Bila di tahan di wad lagilah kan, Kalau tak bercuti di wad tak tahu pulak apa jenis sakitnya. Saya dah pernah alami perkara ni. Tak suka duk hospital. Rutin harian tergendala, anak-anak sekolah lagi & suami kena cuti , jika ibu yang bekerja pula apply cuti anak sakit dlm setahun tak terkira dah. Mujur anak-anak saya yg 2 orang lagi jarang-jarang sakit. Yang ke 3 (Eliz) ni macam-macam sikit.

Di wad setahun selepas kes kena tolak ....
Dia masukkan ke wad kerana jatuh di tolak kawan di tadika. Muntah-muntah & dia lemah longlai tak bermaya. Bawa ke unit kecemasan hospital Kajang, dalam 2 jam pemeriksaan doktor decide dia perlu di pantau untuk beberapa hari. Anak punya pasal redha & relakan lah. Rutin pemeriksaan biasalah, ambik darah, test kencing & nadi dan macam-macam lah. Dalam 1 jam baru lah lepas ke wad. Di wad ambik darah & masuk air. Tugas mamanya, kena tadah air kencing anak. Kencing tu tadi akan di sukat untuk menentukan kandungan air dalam badan. 4 hari di hospital itulah rutin harian saya. Tidur memang tak cukup. Di sebabkan kes anak saya ni kategori kes berat jugak , setiap 4 jam nurse datang. Penat & ngantuk  ......

Anak manja ayah ...
Setelah 4 hari barulah discharge. Melihatkan perkembangan dia yang positif pakar neuro & pakar-pakar yang lain membenarkan dia keluar wad. Lega. Jika perkembangannya negatif, perlu buat CT Scan. Inilah salah satu daripada peristiwa anak no 3 saya ni masuk wad. Lepas pada tu pun ada. Hinggakan mamanya kena buang kerja. Majikan kata mamanya menipu. huhuhuhu. Tak apa, rezeki ada di mana-mana. Mamanya redha dah. Sejak join Shaklee ni, anak-anak saya berikan produk Shaklee untuk protection daripada macam-macam penyakit yang pelik yang ada pada zaman sekarang ni. 

Jika u all yang ada anak yang kerap tak sihat, saya cadangkan berikan anak u all Nutriferon. Nutriferon sangat bagus untuk perlindungan kesihatan anak-anak u all. Cousin saya pun beri pada anaknya. Dah lama tak dengar anaknya ambik gas, atau demam. Jika demam pun sekejap dah sembuh. Lagi bagus jika tambah Meal Shake untuk di berikan kepada anak-anak u all. Biarlah berhabis kerana anak-anak. Amanah Allah kita perlu jaga sebaik-baiknya. Bila anak sihat, kita pun sentiasa lega, senang hati & tak perlu risau dah. Cost ke klinik boleh di jimatkan.


Jika u all berminat nak order boleh lah PM saya di  page FB saya disini

Wasalam ...

Friday, 12 September 2014

Gluten & anda


Salam .....
 
Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.

 Apa yang dimaksudkan dengan bebas gluten?

  Gluten
adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli dan sebagainya. Gluten biasanya digunakan dalam pelbagai jenis makanan yang diproses seperti roti, kuih muih yang dibakar yang membuatkan adunan mengembang dengan lebih baik. Berapa kuantiti gluten yang digunakan adalah bergantung kepada jenis makanan tersebut dan pastinya roti gandum menggunakan gluten yang lebih banyak berbanding roti putih biasa. Jadi apabila kita mengambil makanan berasaskan gandum secara automatiknya kita juga  mengambil 'gluten'.


Tanda-tanda anda perlu menghindari gluten :
  • Masalah ketidakhadaman seperti perut sebu, kembung, cirit birit atau sembelit.
  • Rasa letih dan lesu.
  • Sakit kepala.
  • Mood yang tidak stabil.
  • Kegatalan atau ruam kulit.
  • Mata berair
  • Batuk atau sakit tekak.
 Salah satu keburukan gluten yang lain adalah menggemukkan dan melambatkan metabolisme. Oleh itu, bagi yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, awasilah kandungan roti yang anda makan, ataupun sebarang makanan yang berasaskan tepung gandum atau barli.
 

MAKANAN YANG BEBAS GLUTEN?

Aneka macam makanan (kecuali gandum dan keluarganya) biasanya adalah bebas gluten. Ini termasuk:
  • Sayur-sayuran dan buah segar
  • Daging segar, daging ayam dan ikan
  • Telur dan kekacang
  • Susu (ada beberapa susu mengandungi gluten dan dapat dikenali dari senarai kandungan)
  • Lemak dan minyak
  • Tepung alternatif seperti beras, jagung (maizena), sagu, ubi , buckwheat, millet, amaranth, sorgum, quinoa, arrowroot, dan tepung kentang 
Siapa Yang Perlukan 'gluten Free' ?
  • Mereka yang menghidap penyakit coeliac/celiac disease ( alergi terhadap gluten)
  • Kanak-kanak yang menghidapi penyakit autisme( kerana biasanya kanak-kanak autisme  mengalami kelainan pada usus mereka )
  • Mereka yang mengalami gangguan pada sistem  pencernaan seperti cirit birit berpanjangan 
  • Perut kembung dan ,
  • Kurang tenaga.
Jadi berita baik kepada mereka yang alah terhadap gluten, Shaklee punya produk  bebas gluten untuk anda. Antaranya adalah Zinc Complex & Herblax. Jika anda ingin tahu mengenai produk, boleh lihat di blog saya ni atau klik di sini pun boleh ye daling2 semua.
 
Wassalam .....