Salam .......
dalam sesuatu perkara yang kita nak lakukan perlu sentiasa konsisten & jangan pernah ada istilah putus asa. buat bersungguh-sungguh. carilah seseorang sebagai pemangkin semangat anda atau seseorang yang boleh menaikkan semangat korang kembali. dalam perkara nak kuruskan badan ni, semangat kena kuat & kita perlu sentiasa konsisten serta berdispilin dalam setiap apa jua perkara. tak semestinya kerana kita nak cantik, nak kurus atau apa sajalah. kejarlah setiap apa yang ingin kita capai, pasti satu hari nanti akan tercapai.
Semalam yg berlalu itu kita jadikan sempadan & tauladan. saya juga mengingatkan diri tentang setiap apa yang saya lakukan. pada saya tak mustahil untuk saya berjaya di dalam Shaklee. cuma bezanya saya ni perlu konsisten pada 2 family. family saya dah tentulah kan. satu lagi ibu mertua. saya melakukan sedaya mungkin untuk menjayakan setiap apa yang saya lakukan hari-hari. sebagai isteri, mama, menantu, anak & SID Shaklee. setiap langkah saya, setiap satunya adalah kerana Allah & kerana anak2, suami & parents saya (kedua-dua belah). ingin berikan yang terbaik & sentiasa ingin upgrade apa saja di dalam kehidupan ini baik di dunia & akhirat.
rutin saya seharian sedikit sebanyak memberi saya satu pandangan bahawa, putaran hidup ini tidak seperti yang kita sangka & jangka. jadi, apa jua yang saya lalui hari ini saya jadikan tauladan & sempadan pada esok hari, jika di izinkan Allah SWT. kepayahan & kesusahan adalah satu anugerah sebenarnya. pada yg kenal saya, mereka tahu apa yang pernah saya lalui. saya juga sentiasa positif hinggakan ramai tak percaya dengan apa yang pernah saya lalui. positif dalam setiap apa jua rintangan, akan membantu kita untuk menjadi lebih kuat & sabar.
till next time. wassalam ....
#shaklee4betteru
whatsapp/telegram 010-2949396
No comments:
Post a Comment