Saturday, 30 August 2014

Kecewa?

Salam ......

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Alam ciptaan Allah memang menenangkan
  Ayat diatas memang ada kebenarannya. Memang tak dinafikan Al-Quran adalah sebaik-baik panduan untuk kita. Sentiasa ada solusi untuk kita, tak perlu tercari-cari lagi, rujuk kepada kitab suci kita ini agar kita dapat panduan daripadanya. Frust/kecewa rasa saya lebih kurang sama dengan putus asa. Di dalam kehidupan kita ini ujian/rintangan/halangan pasti akan ada untuk menduga kita. Jangan sesekali kita mengalah dengan mudah, dah nama hidup ini penuh dengan dugaan. Tanpa dugaan kita tak matang, kita tak akan mampu untuk menjadi diri kita sekarang. Dugaan juga memberi kita kekuatan untuk menghadapi hidup yang kita lalui di sepanjang usia kita. Jika rasa beratnya dugaan itu, berbicaralah (solat) dengan Pencipta kita. Lakukanlah dengan sepenuh hati, dengan bersungguh-sungguh kemudian carilah kitab suci Al-Quran, bacalah (jika boleh cari tafsir Al-Quran) & fahaminya agar kita mendapat petunjuk serta panduan.

Kepada SID yang mula rasa putus asa di atas setiap langkah anda dalam berShaklee, jangan ada perasaan itu. Di dalam kehidupan kita juga ada pasang & surutnya inikan pula di dalam perniagaan. Saya sendiri pernah mendapat pendapat hanya RM25 sahaja. Walaupun kini taklah sebanyak otai-otai Shaklee. Tapi saya rasa bersyukur. Cari kembali kekuatan anda untuk kembali beraksi & mendapatkan apa yang anda impikan. Buang jauh-jauh setiap perkara yang memberikan perasaan negatif di dalam diri. Memang kita hanya manusia biasa. Tetapi sesekali untuk rasa kecewa boleh ...... tapi bangkitlah kembali dengan penuh semangat. Pandang sekeliling anda, kerana siapa & sebab apa anda ingin berShaklee.

Menangis jika mahu, tapi jangan terlalu lama. Buang masa. Gunakan tangisan itu hanya untuk kegembiraan & hanya untuk melegakan apa yang berbuku di hati. Kemudian bangkit dan fight kembali. Tawakal & sentiasa bergantung dengan Allah. In shaa Allah, ianya tidak akan menghampakan. Renung kembali mana kurang & silap kita. Jangan cari silap orang lain ye, tak bagus. Pandang kekurangan & kesilapan kita dulu. Kemudian baikilah ia sedaya yang mampu. Kemudian cari otai-otai Shaklee kita minta panduan, jangan malu, tanya & bertanya kemudian praktikkan setiap tunjuk ajar. Ini hanya pendapat 2 sen saya. Saya hanya mencoretkan berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada kurang di mana-mana & menyinggung perasaan yang membaca, maafkan saya.

Jika berminat untuk tahu produk Shaklee, boleh lihat di blog saya ni. Atau pun ke PAGE FB saya Sihat & Cantik Permata Jiwa. Boleh Whatsapp/telegram saya di 010-2949396

wassalm ....

No comments:

Post a Comment