KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO
1) Makanan Lengkap dan Seimbang
Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan
bersama lemak koko sebagai
bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk
koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah
10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin
iaitu A, B, D dan E.
Coklat mengandungi zat makanan yang
lengkap dan seimbang. Dianggarkan
100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi,
47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh
tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin
yang tinggi.
2) Benteng Kerosakan Gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis
bahan yang bertindak sebagai
benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang
membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat
putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak
gigi.
3) Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat
menghalang pencernaan dan
penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.
Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana
zat di dalam pes koko dapat
menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila
pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
4) Baik Untuk Jantung
Koko adalah makan yang kaya dengan
antioksidan flavanoids yang dapat
mengurangkan risiko atherisclerosis
serta mengurangkan kematian
berpunca daripada penyakit koronari jantung.
Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5) Mengawal Tekanan Darah
Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu
sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah
serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam
makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.
Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.
6) Mengawal Kencing Manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam
koko membantu menghalang
penyakit kencing manis.
Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.
Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.
7) Menghalang Jerawat dan Parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat
membantu menghalang pertumbuhan
jerawat dan mengurangkan parut.
8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Koko kaya dengan flavanoids,
bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan
yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal
bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian
menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko
penyakit berkenaan.
9) Baik Untuk Kulit
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
klik disini untuk info lanjut
CHINCH SHAKE MIX COCHOLATE
Jangan pula takut2 nak order Chinch Shake Mix perasa coklat ye. Coklat memberikan kebaikan kepada anda. Anda yang menjadikan diri negatif terhadap coklat. So, lepas ni enjoy life dengan menikmat coklat kegemaran anda. Ape lagi Whatsapp/PM saya ye untuk rasa yg enak & lazat Chinch Shake Mix perasa coklat.
010-2949396 (Pn Linda)
No comments:
Post a Comment