Sunday, 14 December 2014

Shaklee, warga emas & remaja

Salam ......

Alhamdulillah masih lagi di dunia di atas izin Nya. Lama juga tak update blog ni. Busy ...... bershaklee la apa lagi. Sib baik habuk tak boleh jengah blog ni, kalau tak ...... jenuh nak make it clean n clear.

Aktiviti saya padat lately ni. Dengan house meeting, berjumpa downline baru & melalui pengalaman baru. Sangat2 istimewa & berharga. Minggu lepas saya ke house meeting di negeri sembilan. Yang hadir hampir 90% adalah warga emas. Saya sendiri terkejut betapa warga emas ini begitu perihatin dengan kesihatan mereka. Adalah seorang dua dah mula mengamalkan produk Shaklee selama bertahun. Tak perlu saya menerangkan panjang lebar, beliau sendiri telah akui keberkesannya. Ada juga warga emas apabila saya lakukan checklist kesihatan mereka, markah penuh 24, ada yg dapat 7/24 sahaja. Betapa beliau menjaga kesihatan mereka.

berkongsi manfaat produk Shaklee kepada rakan-rakannya
Dalam perjalanan pulang, saya singgah di petrol station. Jumpa seorang remaja 19 tahun usianya. Saya rasa anda dah bayangkan bagaimana rupa & perawakan remaja usia belasan tahun ini. Slim, sgt versetile & happy. Padam semua bayangan anda semua. Saya tertarik hati mendekati dia setelah rakan saya menyatakan masalah dia. Bukan niat nak memburukkan sesiapa. tapi lebih kepada kesedaran diri betapa pentingnya kesihatan. Saya menyapa dia & ada respon darinya. Saya tanya, teringin tak pakai mcm ni (jubah) dia kata nak, tapi susahlah kak saiz baju xde. Saya juga di beritahu dia juga alami sembelit yg sgt kronik. Badan saya yang besar ni, besar lagi dia. Saya pernah lalui apa yg pernah dia lalui. Saya tanya berapa hari dah tak membuang, dia kata dah seminggu. Untuk permulaan saya minta dia ambik Herblax, sebbnya dia tak gaji lagi katanya. Tak pe kawan saya beri dia Herblax.

Selang sehari kawan saya follow up, tanya jika dia dah makan Herblax atau belum. Katanya dah, tapi hasilnya mcm biasa, katanya. Kemudian kawan saya call saya bagitau yg adik tadi tu tak ambik lagi Herblax rupanya gara2 takut nak makan Herblax. Kemudian kawan saya bagitau saya, adik tadi tu baru makan Herblax tu malam tadi. Puncanya, katanya dadanya sakit tak tahu nak makan ubat apa, dia makan Herblax. Hasilnya wallaaaaaa. Sakit dada dia tadi hilang terus. Lepas tu adik tadi call kawan saya cerita hal sebenarnya. Jangan main2 jika anda ada sembelit. Bahaya tau ......

Banyak penyakit sebenarnya berpunca daripada usus yang bermasalah. Jika anda membuang air besar setiap hari, tidak menjamin anda bebas dari masalah usus. Menurut pakar perubatan, makanan yang masuk ke mulut akan melalui perut kemudian dicerna & di serap oleh usus kecil. Kebanyakan sisa makanan yang belum dicerna akan ditinggalkan dalam usus besar manakala bakteria dalam usus akan menguraikan bahan-bahan ini menjadi toksin. Dalam keadaan normal, toksin ini akan di keluarkan dari badan bersama najis. Jika seseorang itu sering mengalami sembelit, toksin tidak dapat keluar dari badan & akan diserap semula. Boleh anda bayangkan berada lama toksin duduk dalam badan kita? Macam-macam penyakit boleh timbul. Bahaya tau .....

Set penghadaman
Jika anda ingin hapuskan masalah penghadaman anda, boleh PM saya di FB Page saya. Mcm2 ada. LIKE sekali tau


Thursday, 30 October 2014

Tiroid & saya

salam ......

Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim).



Sebenarnya, sudah 3 tahun berlalu, apabila satu ketika saya di diagnos alami masalah tiroid ni. Ketika itu saya sedang hamil, saya tak ingat berapa bulan kandungan saya. Pada mulanya saya ke klinik hanya kerana muntah-muntah yang mengeluarkan darah (morning sickness). Doktor kata, xde apa-apa. darah pun tak sampai satu cawan. so dia decide saya cuti sakit selama 2 hari. rentetan dari muntah-muntah tu saya memang kerap MC. Tak larat, lepas muntah je saya lemah & lesu. Satu pagi saya bersiap nk gi office, saya perasan satu bengkak kat leher di sebelah kanan. kecik je, besar guli je saiznya. kata hati saya mengatakan mungkin sebab muntah-muntah kut jadi bengkak tu.

Selepas sebulan tak silap saya, kerisauan tu mula datang. Sebab bengkak tu rupanya agak pelik & makin besar. Semasa rutin check up mengandung, saya tunjukkan pada doktor. Punyalah lama dia belek, suh pi x-ray, pegang-pegang bengkak tu. then dia decide pegi ke pakar keesokan hari. Katanya, ur case special, coz u pregnant, must go tomorrow & n give them this letter. Doktor memang rajin speaking dgn saya, tgk alamat tempat keje, alamat pejabat peguam. Kalau jumpa je speaking pas tu tanya pasal hartanah. Org dah ramah kita pun ramah lah kan.

Esoknya pegi ke pakar, pagi-pagi buta dah terpacak kat kaunter. Dah sampai gilirian no saya, staff kat kaunter kata, kita buat appointment dulu. Kena datang minggu depannya pulak. Kena buat appointment dulu rupanya nak jumpa pakar. Manalah saya tahu. Tak pernah jumpa pakar-pakar ni. 

 Next week pergilah (cuti sakit lagi, doktor bagi tau, lama benor check upnya). X-ray, interview tanya macam-macam, pegang tempat bengkak tu lagi, tunggu big boss doktor pakar lagi. Lepas tu barulah ada result. Confirm & sahih saya ada tiroid. Muka selamba je masa tu, ingatkan tiroid tu xde apa-apa. Saya interview big boss doktor tu, macam-macam saya tanya. Dah dapat jawapan saya terkedu. Balik rumah pi cari pak cik google. cari pasal sakit ni. Bila terbaca ada yang membawa maut & membahayakan baby, termenung sekejap. Pi ambik wuduk & solat sunat (cari ketenangan). Dah dapat ketenangan tu, tekad dalam hati aku nak hapuskan tiroid ni. Tak boleh makan apa-apa ubat sebabnya saya pregnant. Check up ngandung pun di satukan dengan klinik pakar tuk tiroid tadi. maknanya satu bulan 2 kali pi check up. Masa tu bos tempat kerja pun dah pandang lain kat kita. Gi check up je Mc, memanjang MC.....

Memang simptom-simptom sama seperti yang tertera pada entri saya yang lepas. Semua ada. Alhamdulillah, semasa sample tissue di ambil, keputusannya bukan sel kanser. Lega ..... Penatnya saya menghadap semua tu hinggalah saya bersalin. Lepas 3 bulan saya bersalin, doktor nak saya lakukan pembedahan segera, Bengkak tu makin besar, sebesar telur ayam gred AA. Dah x-ray nak di scan pulak. dah scan confirm bengkak tu memang makin membesar. Saya tak boleh ambil apa-apa ubatan, sebabnya saya menyusukan baby. You stop lah breastfeeding, makan ubat kita nak tengok bengkak ni mau kecil atau tidak. saya kata NO doktor. then, next month saya pegi scan sekali lagi, bengkak tu dah makin kecik turun ke 2 mm je. Tapi itu dah melegakan saya. Doktor suruh jugak saya buat pembedahan, saya minta tunda 2 bulan. Menjelang 2 bulan tu, bengkak tu makin lama makin kecil. Hingga kini saya tak perlu ke klinik pakar atau lalui pembedahan. Rezeki yang Allah bagi pada saya, sakit ni hilang dengan sendirinya.

Sebenarnya ketika itu, saya memang risau. Saya banyak berpantang makan. Mana makanan yang boleh menggalakkan tiroid ni membesar saya tak makan langsung. Mana saya dapat info? kat pak cik google lah. Sekiranya ada di antara pembaca, menghidapi penyakit ini, pergilah dapatkan rawatan. Jangan ambik mudah setiap perubahan pada diri. Jika ada di antara pembaca yang ada penyakit ini, berusahalah untuk mengubatinya. Sekiranya ada diantara anda yang ingin mencuba alternatif yang tidak melibatkan ubatan hospital klik disini. in shaa Allah saya akan bantu anda.

Wassalam ......

Apa itu tiroid?

Salam .....

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)


Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. 


Penyakit Tiroid

Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.



Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). 

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. 

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. 

Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Penyakit hipotiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. 

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Kesan, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. 

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. 

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. 

Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. 

Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. 

Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. 

Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. 

Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_01/Cara-merawat-penyakit-tiroid
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/10/apa-itu-penyakit-tiroid-dan-cara.html#ixzz3HdVX8D1p 

*saya juga alami penyakit ini semasa hamil. nantikan entrinya ya ........

wassalam .......

Sunday, 26 October 2014

'hadiah' yang tidak di undang

salam, 

adakala dlm kehidupan tidak seperti yg kita sangka. contohnya mudah je, lelemak yg melekat kat bdn kita yg begitu 'sayang' nak di lepaskan. ntah bila masanya ia wujud. tahu2 je membuatkan kita 'comel' tanpa disedari. kemudian ianya hadir bersama hadiah yang tak akan kita percaya. percayalah, setiap 'hadiah' itu akan hadir bersama 3 sekawan yg sukar dipisahkan. 3 sekawan yang saling setia & sentiasa beiringan seiring & sejalan. hurmmmmm

sekiranya 'comel' itu tidak datang bersama 'hadiah' yang tidak di undang tak de hal. ini datang together gether. yang kita ni terpaksa la terima, pergilah buat check up kat mana-mana klinik kesihatan. lepas tu dapat pulak hadiah buku comel daripada pihak klinik. lepas tu kita perlu ikut rutin check up, ada yang kena setiap bulan, ada pula 3 bulan sekali. cuba kita renung sejenak, perlukah kita hadapi semua ini sekiranya kita mampu menolak & menghalangnya? sebenarnya kita mampu. tetapi kita membiarkan diri kita di kuasai nafsu. nafsu yang sentiasa menggamit kita untuk terus leka & khayal dengan nikmat syurga makanan yg lazat di negara kita ni. syurga segala kemudahan yang tersedia ada yang membuatkan kita malas untuk bergerak melakukan senaman ringan. syurga gadget yang sentiasa tak lekang di tangan. inilah antara punca 'hadiah' yang tidak kita ingini.

di Shaklee banyak pilihan set untuk u all semua. 'hadiah' yang kita tak ingini tu boleh kita buang & hapuskan. tetapi u all kena konsisten & sentiasa berazam untuk capai apa yg u all nak. jangan give up separuh jalan. tak bagus. belum berjuang dah surrender. adoiiiiii. no no no ok. no means no........

kat bawah ni ada beberapa pilihan set untuk u all yang dah ada 'hadiah' tu dalam diri u all. di page saya ni pun ada banyak pilihan set untuk u all pilih. klik je di sini.





wassalam

Saturday, 25 October 2014

Tips Selepas Menjalani Pembedahan Caeserean

 salam ......


agak lama juga tak update entri. kali ni saya kongsikan beberapa tips untuk panduan u all. 10 daripada tips ni hanya 1 saja yg saya tak buat. BERBENGKUNG....... beribu sesalan kerana tak guna bengkung semasa berpantang aritu. gara-gara takut luka pembedahan terbuka. akibatnya, perut saya buncit, susahnya lah pulak nak kecikkan balik. kini masih lagi berusaha untuk mengecutkan kembali apa yg kembang. in progress in ye u all. sabar ..... nanti saya upadate pic terbaru & yg lama. moh baca tips ni, mana tau berguna untuk u all.

Kepada para mommies yg pernah/bakal/akan menjalani Pembedahan Caeserean. ini ada beberapa tips untuk anda lakukan selepas pembedahan;

1. BERGERAK LEBIH AWAL

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.

SET2 YG AWESOME UNTUK U ALL AMALKAN

2. MAKAN MAKANAN YG BERZAT & SEIMBANG

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan & buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. 

3. MINUM AIR SECUKUPNYA
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. ELAK DARIPADA MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Rujuk kepada doktor jika ingin kepastian.

5. MENGAMBIL SUPLEMEN ZAT BESI & MULTIVITAMIN
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

6. MENYUSU BADAN SECARA EKSLUSIF 
Menyusu badan terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Dapatkan tips penyusuan daripada mereka yg berpengalaman.

7. PASTIKAN LUKA KERING & BERSIH
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman.

8. PAKAI BENGKUNG
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan

9. ELAK DARI AKTIVITI YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAKITAN
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


10. DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa dalam tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Semoga perkongsian ini dapat membantu u all. Jaga diri semasa di dalam tempoh berpantang ye. Kerana tempoh berpantang ni bagi wanita adalah umpama medan peperangan. Berperang dgn perasaan, tekanan, keletihan & macam2 lagi. Para en suami sekalian, fahami isteri anda ketika ini. Mereka sangat2 memerlukan perhatian & belaian & keperihatinan anda. 


Wassalam ....


Tuesday, 30 September 2014

Basic H yang amazing

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate


Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
 
  • Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah;
  • Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah: Dinding, permukaan dapur, jubin dan lantai, peralatan, periuk, besen, pinggan mangkuk, tingkap dan cermin, perkakas, benda-benda diperbuat daripada kayu & perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Ia juga mengganggu keseimbangan hormon &  merengsakan hidung. Selain itu ia juga mengandungi bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
 
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Perbezaan Shaklee Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H adalah cecair serbaguna dikenali juga dgn nama cecair organik 1001 Kegunaan. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Yg penting ia adalah selamat, organik, non-toxic, natural dan biodegradable surfactants!


 KEGUNAAN & CARA BASIC H YANG MENJIMATKAN

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit.
  • Membuat sayur yg layu menjadi rangup!
 2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet;
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak);
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dll;
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dll;
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan;
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dll;
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau;
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dll;
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
sayur dari peti sejuk yg telah layu direndam di dalam Basic H.
sebelah kanan di rendam bersama Basic H, di sebelah kiri direndam dgn air biasa
 BASIC H JUGA BOLEH DI GUNAKAN UNTUK :

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Untuk info lanjut, order atau ingin tahu produk-produk Shaklee yang lain klik je di sini

Monday, 29 September 2014

APA ITU RESVERATROL

 Salam .....


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagai hambaNya, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah. Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman). (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Tidak salah kiranya jika kita berusaha walaupun telah berkali-kali mencuba, hinggakan adakalanya menyebabkan kita hampir berputus asa. Jangan sesekali kita berputus asa. Berusahalah sehingga keakhirnya. Begitu juga sakit atau masalah kesihatan yang anda alami, setiap suatu kejadian itu ada jalan penyelesaiannya. Berazam & bersemangatlah sentiasa untuk memperbaiki mutu kesihatan & juga diri anda. Saya juga menginatkan diri saya tatkala entri ini dikalamkan. 


VIVIX adalah produk yang sangat superb di dalam Shaklee. Walaupun ianya mahal, tetapi jika di nilaikan dengan kesihatan anda yang kembali pulih, boleh melakukan aktiviti yang selama ini tidak dapat anda lakukan & banyak kebaikan serta manfaat kesihatan yang anda terima hasil dari mengamalkan VIVIX Shaklee, saya rasa anda speechless. Ramai yang ingin tahu apa itu resveratrol. Saya sendiri tertanya-tanya apa itu Resvesratrol. Jom kita berkenalan dengan  resvesratrol.

APA ITU RESVERATROL

Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’. 

Pic ni menggambarkan bagaimana sel kanser terbentuk

Mengikut kajial klinikal, Resveratral sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.


Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

 Kandungan Resveratrol & Anggur Muscadine



Kalau nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.


Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM 100.


Dengan Vivix dengan mudah kita mendpat Khasiat Resveratrol


Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.




Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.


Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Resveratrol


Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. SHAKLEE sememangnya banyak menjalankan ujian klinikal di mana ia SEMESTINYA yang BERKUALITI & SELAMAT. SHAKLEE menghabiskan sehingga berbillion dollar untuk melakukan ujian klinikal ini kerana SHAKLEE mementingkan KUALITI PRODUK UNTUK MEMBERIKAN KHASIAT YG TERBAIK kepada ANDA. 


Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer, parkinson, jantung dll. Boleh dirumuskan sebagai all in one supplemen.


Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!


Sebotol Vivix Shaklee mampu bertahan selama 2 bulan. MEMANG SANGAT JIMAT & MUDAH HANYA SESUDU TEH SEKALI SEHARI SAHAJA!!!


SEKIRANYA ANDA MEMBELI 2 BOTOL VIVIX DARIPADA SAYA:
  1. KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP UNTUK ANDA
  2. KESIHATAN YANG BERPANJANGAN
  3. MENJANA PENDAPATAN KEDUA UNTUK ANDA (jika anda serius & bersemangat)
  4. DI BIMBING OLEH MEREKA2 YANG BERPENGALAMAN BERSAMA SHAKLEE
  5. TIADA ISTILAH DI TINGGALKAN